Semasa

13 keluarga ini diugvt akan disam4n RM50,000 jika tetap kibarkan bendera putih – Oh Trending

13 keluarga ini diugvt akan disam4n RM50,000 jika tetap kibarkan bendera putih – Oh Trending

KUANTAN – Lain dihar4pkan lain pula yang berlaku. Itu situasi dilalui 13 keluarga di Bukit Set0ngkol di sini apabila tindak4n mereka menaikkan bendera putih untuk meminta b4ntuan tidak disenangi pihak tert3ntu hingga diarah diturunkan pada Rabu.

Tindakan pendvduk itu dikatakan satu kesal4han dan sam4n boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang g4gal diturunkan.

Bimbang dikenakan tindakan, penduduk akur apabila bendera yang dipas4ng pada Selasa terp4ksa diturunkan pada Rabu selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga angg0ta p0lis.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 43, berkata, dia bersama penduduk di situ sep4kat untuk menaikkan bendera putih selepas rata-rata mereka h4mpir terputus bekalan makanan.

Menurutnya, dua bendera putih dip4sang di jalan masuk dan belakang kawasan rumah mereka dengan harapan ‘isy4rat’ itu disedari pihak-pihak yang prihatin untuk dat4ng hulur b4ntuan.

“Kebanyakan kami di sini bekerja sebagai peniaga dan buruh hil4ng sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Memang selepas bendera itu dipasang ada sebuah persatuan datang hulurkan sumbangan, namun selepas itu seorang pemimpin setempat datang menegur minta bendera itu diturunkan segera kerana menjadi kesalahan dan tidak dibenarkan polis,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

Ana berkata, dia dan penduduk keliru apabila tindakan mereka dikatakan satu kesalahan sedangkan kempen kibar bendera putih yang tular di laman sosial berlaku di seluruh negara malah ada yang berbuat demikian mendapat bantuan sewajarnya.

Video kejadian itu tular di laman sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, Chong Siang berkata, arahan menurunkan bendera putih dinaikkan penduduk yang memerlukan bantuan tidak sepatutnya berlaku.

13 keluarga ini diugvt akan disam4n RM50,000 jika tetap kibarkan bendera putih – Oh Trending

13 keluarga ini diugvt akan disam4n RM50,000 jika tetap kibarkan bendera putih – Oh Trending

13 keluarga ini diugvt akan disam4n RM50,000 jika tetap kibarkan bendera putih – Oh Trending

“Sekiranya betul tindakan ini tidak dibenarkan oleh pihak polis, perkara ini perlu dijelaskan kerana ia tidak menjadi masalah di tempat lain.

“Tujuan kempen ini adalah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan amat terdesak,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak terlibat yang menyedari bendera putih itu datang bertanya khabar dan hulurkan bantuan bukan diugut untuk diambil tindakan undang-undang kepada penduduk berkenaan.

Pada lawatan itu, Chong Siang turut menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga terlibat.

Kredit: wowberita