Semasa

“Doakan saya kekal berhijab, kuat semangat..” – Zizi Kirana

Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya Fazelah Mad Tahil tidak mahu berbicara lanjut mengenai imej terbarunya itu.

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini.
“Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya.
“Bagi saya, doa adalah senjata paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakaDalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.
“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi berusia 36 tahun itu sering tampil dengan imej tidak menyenangkan sehingga foto yang dimuat naik di media sosial dipenuhi komen berbaur negative daripada kaum lelaki.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)