Tak dinafikan, bilangan kes positif Covid-19 di Malaysia agak membimbangkan. Meskipun beberapa sektor ekonomi telah ditutup sepanjang Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 25 Mei 2021 lalu, tetapi bilangan kes harian masih mencecah lebih daripada 5000 kes.
Terbaharu, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan PKP tidak akan tamat esok memandangkan bilangan kes masih cecah melebihi 4,000 sehari
Tan Sri Muhyidin Yassin berkata Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang dari 4,000 kes sehari. Sementara itu, kerajaan akan mengumumkan pelbagai bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada hari Isnin atau Selasa ini.
Sumber: kementerian kesihatan malaysia
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bagi menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Tambah Perdana Menteri lagi, fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Pelan Pemulihan Negara dicapai.
Terdapat 4 fasa yang Pelan Pemulihan Negara yang telah dikongsi pihak kerajaan sebelum ini. Fasa 1 seharusnya dijangka tamat pada awal bulan Julai berdasarkan purata kes bawah dari 4ribu sehari. Namun bagaimanapun, fasa ini dilihat kurang berjaya apabila bilangan kes masih mencatatkan lebih 5 ribu sehari dan dilanjutkan.
Sumber: Harian Metro