Semasa

Suami suka bkepit, pg spa pun nk ikut. Time sy masak suami suka pluk dr blkg, rimas sgt – Oh Trending

Suami suka bkepit, pg spa pun nk ikut. Time sy masak suami suka pluk dr blkg, rimas sgt - Oh Trending

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam min. Saya baru kahwin dua tahun. Tak de zuriat lagi tapi saya tak tahan dengan husband suka berkepit. Pergi mana2 nak ikut. Saya nak me time pun susah. Dulu sebelum kawen saya pegi spa 2 minggu sekali tenang je tapi sekarang kalau pegi 3 minggu sekali tu pun dia nk ikut buat saya rasa rimas.

Pergi buat manicure pedicure pun nk ikot. Tak boleh bereggang langsung kt rumah lepas balik kerja wajib melekat dengan saya.

Kalau saya masak, dia suka pluk saya dari belakang. Kalau saya masak lama, lama lah dia pluk saya. Bila nk makan baru lepas, saya rimas sangat min. Kenapa dia mcm tu? Nk kata baru kawen dah lama jugak.

Saya suka normal je buat hal sendiri. Sweet kadang2 ok laa tapi kalau dah 24 jam mcm tu saya rasa rimas.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua. Aku tersempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita-cerita yang di kongsi di dalam platform ini.

Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita-cerita di kongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.

Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah Suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab.

Nafkah di beri dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang-kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah.

Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian mslimah melalului online.

Satu sahaja yang kita belum memiliki, ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki.

Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah.

Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang di namakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.

Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan di anggap sebagai seorang bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas.

Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.

Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.

Bila kita sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku.

Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu mengtunaikan kehendakan dia. Tetapi kelamaan aku layanan kemahuan suamiku.

Pada hari yang tertentu atau hari cuti dia akan suruh aku memakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.

Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil hinggalah dia tertidur atau menonton cartoon atau rancangan yang dia minat.

Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan mengsuapkan makanan ke dalam mulut dia.

Kegiatan ini berlalu apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suami aku ini. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila dia mahu teruskan minat dia.

Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin, bagi dia memberikan dia kebahagian.

Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini.

Niat Aku menulis ini aku nak tahu, adakah suami yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama. Apa reaksi warganet. Lawak habis komen dorang.

Tierah Umiey, Punya la ramai wanita nak laki mcm ko dik non oiii, bila dia tgh nk sawet2 tu, ajak la, masak sesama, mandi sesama, lipat baju haa ko suh dia, kompom siap cpt, dia nk jugak g spa,

bg jela, join sesama manicure ke apa kejadah smua tu sesama, okla cipta byk2 moments bersama, nt dah ada ank lain plk watak dia nt,dan ajak dia lawan kentut skli, mesti dia kata wangi kan kan.

Azuarina, Akak dah 17 tahun kawin suami akak tetap romantic mcm suami awak tu dik oii…x pernah plk akak rasa rimas..ni baru 2 tahun kot..

Mcm mn lah ko nak teruskan d hari2 seterusnya…bersyukur lah dik oii dpt suami yg romantic dr ko dpt suami yg kaki pkul x menghargai ko ke…masalah jiwa lah ko ni.

Joe Azhan, Dik, try makan petai, jering, jeruk, bawang dan kerdas. Selain makan mentah, boleh pelbagaikan variasi dalam masakan. Kalau makan di luar pun boleh bawa dan tabur dalam steak, tomyam dan ice cream. Tak perlu tunggu ada nasi.

Sesuai ja buat snek masa lapang, sambil nonton TV, lipat kain dan masa int1m bersama. Untuk kesan menakjubkan berpanjangan, boleh tambah juga dengan berhenti beli dan guna ubat gigi dan berus gigi.

Ramai dah berjaya dengan teknik karang gigi 1/2 inci berwarna warni. Kalau tak berkesan juga boleh pm saya untuk teknik berganda dua alam. Bekas students saya bayar mahal nih. Nanti saya kasi kat adik FOC.

Sofea Hana, Sebab kau masih cantik sis.. sebab tu dia masih nk melekat ..mana tak cantik pegi spa 3minggu sekali aku nk pegi sebulan sekali belum tentu .. nk suruh dia bereggang dengn ko .. ko buat2 lah hodoh kt umh tu ye .. Pakai selekeh2 .. busuk2 baru dia bereggang.

Ihsan Sobri, Pakcik paham sgt keadaan ko dik. Pakcik pun kadang2 rasa rimas. Baru nk rehat jap karang yg no 1 dtg menyendeng, tgh dok bergurau no 2 pulak nampak, cemburu dia pun dtg nyibuk jugak..

kejap no 1 mintak pluk, no 2 xpuas hati mintak dokong.. tepaksa pakcik dokong bergilir2.. letih nk melayan.. tp pakcik xkisah sgt.. pakcik syg sgt kat dua2 anak pakcik ni.

Zaim ashfal, ish3.. somi romantik pun kamu tak nak? kang dia romantik dgn pompuan lain, baru kamu tahu kot. amenda lah kamu ni..utk pengetahuan kamu, ramai lagi wanita yg nak suami spesis laki kamu tu.. kalau kamu tak mahu suami kamu, hantar dia ke rumah org tuanya semula.. ahakkk.

Qaseh Adila, Belum rezeki ada anak… Allah bgi peluang bekepit 24jam… Kang dah de anak, nak ber me time pun tak blh… Nk bekepit, kne tolak dgn anak… Anak dah sibok bekepit kiri kanan…

Kang bekepit dgn org luar, dah meluah perasaan dlm ni lagi sekali… Ai… Bersyukur la… Dah dia nak ikot, biar la… Angkut aje kehulu hilir pun.

Ria Azhar, Sy dh 10 tahun kahwin pun suami asyik nk berkepit je,g kedai pun ajak ikut.. mlm kalau sy buat kerja,sanggup tido kt toto teman sy buat kerja..walaupun tkd zuriat.. nk kata sy krus cantik makin gebu adalh… tp tklh gem0k,just chubby je.. sy tk mandi pun dia ckp cantik.

Nazila, Alahhhhh…ok la tu…layan jala…bukan dia mintak nak menyusu ka pa…mgkin sejenis manja mana nak tau…bukan dia p pluk bini jiran…haru cik kak oiiii…lg 1 selagi suami cik kak x perangai mcm baby…

makan kena suap kencing berak kena basuh…normal la tu…kenangan terindah kawin cik kak…nanti tua blh diputar kembali..biaqpon masa tu rambut dah beruban..gigi dah x dak…sweet memori kata org.

Ayu shida, Ok la tu..tp kalau dah smpi tgh mask duk pluk smpi nk mkn br berenti susah jgk Kan…duk pikir dr td ni,cmne kalau la sis nk masak sayur,

start Dr Tunis bawang dia duk pluk smpi nk la siap penat Gak Kan Tu…apekata crikan madu sis…boleh la bebas sikit..time sis nk mask dia boleh pluk2 madu Tu…time sis nk g mana2 sis boleh bebas kan.

Bocah cilik, dik meh cni no tel laki ko.. boleh aku rekmenkn kat adik aku sbb dia lom kahwin.. susah btullah.. bila dpt laki yg jns amik perhatian pun susah,, nti bila laki ko dh kesah plak n ko,, ngadu plak kat cni dpt laki yg jns buat hal sdri.. bljr bersyukur n apa yg kita dpt skrg ni.

Zana Alias, Hek elehhh bersyukur la sis..tgk komen ramai nak suami mcm u sis..elok la dia pluk u dari pluk perempuan lain kang u pulak meroyan kat sini kata suami i dh taknak pluk i lagi..

nnt dia dh xpluk baru u rasa kosong tau..time tu xpayah la suruh dia pluk u dh sbb ada perempuan lain lagi suka dia pluk camtu.

Dia Kifli, Ishhh laaaaa haiiii… Aneh² btul laaa manusia ni.. Dpt yg pns bran komplen dpt yg mcm belangkas pon komplen. X pyh nk me time sgt laaa haaa..idaman sgt rasa nya time msk suami dtg pluk dr blkg nihh..saweettt nyaaa.

Tak semuaaa dpt tau suami sawet nyaweet ni.. Syukur sikit boleh x.. Kng tibe dak suami asik ngn tipon wat npk x npk je tt dpn mata.. Baru tahu..pastu ngadu plak lg..

Sy sedih la suami sy dah x hiraukn sy.. Asik ngn tipon tipon tipon… N blaaaa blaa blaa bla..dpt suami saweettt gitu pon rimas.. Nk mcm mn lg nth.

Siti Nadia, As salam adik. Biarlah dia nak berkepit. Dia sayang adik. Kalau dia dah tak berkepit dengan adik, mungkin dia dah berkepit dengan orang lain. Tiada salahnya berkepit dengan suami sendiri. Hargai lah kasih sayang suami. Bersyukurlah.

Ramai di sini yang kurang mendapat perhatian dari suami tetapi adik dapat kasih sayang yang padu dari suami “Suami dan isteri berpisah tiada”. Semoga kasih sayang adik berdua berlarutan hingga ke Jannah Allah. Aamiin.

Yanie Yuna, Beruntung sis…kalau suami sis tau sis cakap mcm ni, confirm suami sis kecik hati… Nanti suami sis berubah, sis mengadu lagi dalam ni.. Bg tau suami dh berubah lh x mcm dulu suka berkepit..manusia2.

Mmg tak penah puas… Sis tau tak, byk isteri2 org lain suka suami mcm sis tu… Bersyukur lh sis.. Jgn dh kehilangan, baru sis rasa skit nya kehilangan.

Shikin Ibrahim, Tak bersyukur nye akak, ingt ada ke laki yang suka berkepit kak? Takde. Lelaki lepas kawen suka buat hal sendiri kak, takde nye nak pelok dari blkg bagai, ada yang berbulan bulan tak bersama pun ada, hai laa bagi saya jer laki akak, saya suka laki mcmtu.