Semasa

Lelaki Lari Dari Kuarantin, Berjaya Loloskan Diri Melalui Kawat Duri

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai p3n4gih dad4h yang melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Pantai selepas kejadian dua lelaki terbabit yang meloloskan diri dari kawat duri dipasang itu tular di Facebook (FB) hari ini.

Menurutnya, susp3k dipercayai pen4gih d4d4h melarikan diri ke kawasan belakang sungai PPR terbabit sebaik melepasi kawalan kawat duri yang dipasang.

“Polis sudah menjalankan operasi dan sedang mengesan mereka untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu tular video berdurasi 2.04 minit di FB di mana dua lelaki meniarap sebelum berjaya meloloskan diri mereka daripada kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu.

Terdahulu kerajaan mengenakan PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur termasuk di PPR Pantai Ria bermula 1 sehingga 14 Julai ini.

sumber : hmetro

Kawat Duri  Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas,  dibuka serta-merta.

Kuala Lumpur: Kawat duri yang dipasang di tangga blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di sini, diarah untuk dibuka serta-merta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemasangan kawat duri itu tidak dibenarkan di rumah pangsa yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, pemasangan itu juga melanggar peraturan bangunan dan pihak berkuasa sudah diarahkan membuka kembali kawat duri.

“Kawat berduri tidak dibenarkan dipasang pada tangga rumah pangsa kawasan PKPD. Arahan buka serta-merta sudah dikeluarkan.

“Pemasangan yang merentasi tangga flat (rumah pangsa) tidak dibenarkan dan melanggari peraturan bangunan,” katanya dalam hantaran Twitter, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pemasangan kawat duri itu juga sudah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD kawasan berkenaan yang bermula hari ini.

Katanya, pemasangan kawat duri di laluan tangga Blok C bagi mengelak penduduk daripada keluar masuk dari kediaman masing-masing.

“Terdapat laluan lain yang boleh digunakan penduduk blok berkenaan bagi tujuan keluar dari blok sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Sekiranya berlaku kecemasan, pihak ATM berkemampuan untuk membuka kawat duri dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.