Semasa

Lelaki Nyorok Dalam Dress Pengantin Perempuan, Ini Kisah Di Sebaliknya – Oh Trending

Biasanya di hari perkahwinan, mata tetamu akan bertumpu kepada pasangan pengantin yang nampak serasi berjalan ke pelamin utama. Yang sering menjadi perhatian semestinya mempelai perempuan khususnya pada solekan dan jenis busana mereka. Namun bagi sebuah majlis di luar negara ini, kemunculan seorang lelaki yang didapati menyorok dalam dress telah menjadi viral di merata media sosial.

Majlis yang diadakan di sebuah resort peranginan tersebut menyaksikan pengantin perempuan mempunyai kesukaran berjalan ekoran gaunnya yang meleret di atas jalan. Lebih aneh lagi kerana bentuk kembang kainnya nampak senget seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Malahan dia terpaksa berhenti sebentar di tengah laluan sebelum dijemput oleh mempelai lelaki yang segak dengan suit lengkap.

Di penghujung jalan menghampiri tempat duduk, ramai terkejut tiba-tiba seorang lelaki berjalan keluar seperti tiada apa-apa. Rupa-rupanya, Roel Lunesa adalah seorang perancang perkahwinan yang sedang bantu memegang kain dari dalam agar pengantin dapat berjalan dengan mudah.

[VIDEO] Lelaki Nyorok Dalam Dress Pengantin Perempuan, Ini Kisah Di Sebaliknya 2

Keadaan angin yang kuat ketika itu dipercayai menyukarkan langkah wanita tersebut maju ke depan ditambah dengan kerisauan andai kain berkenaan terselak. Namun hanya segelintir sahaja yang perasan kerana selebihnya lebih fokus mengambil gambar pengantin.

[VIDEO] Lelaki Nyorok Dalam Dress Pengantin Perempuan, Ini Kisah Di Sebaliknya 3

Sumber : TikTok Nathan Natics & Newsweektimenowsnews