PENANTIAN satu penyeksaan!
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai rakyat negara ini yang bersabar.
Ini dalam menunggu proses panggilan selepas mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19 sejak awal tahun lalu.
Masih ramai dalam kalangan mereka belum menerima dos pertama, malah belum menerima sebarang notifikasi mengenai tarikh temujanji untuk suntikan tersebut.
Walaupun jumlah penerima vaksin semakin meningkat setiap hari bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok segera.
Namun masih ramai yang belum menerima tarikh janji temu dos pertama meskipun telah berbulan-bulan mendaftar di aplikasi MySejahtera.
Rata-rata netizen yang berdepan dengan situasi menunggu itu meluahkannya kepada kami hari ini.
Menurut Nasruddin Syah, menunggu tarikh jani temu di MySejahtera ibarat sebuah hubungan yang tiada kepastian.
Begitu juga, Wildgreen Channel yang telah mendaftar sejak Februari lalu tetapi masih belum dipanggil mendapatkan suntikan vaksin.
Dalam nada yang sama, Assid Diqy memberitahu, rutinnya adalah memeriksa aplikasi MySejahtera setiap hari sejak April lalu.
Bagi Gengz 1130 pula, dia hampir bosan menanti panggilan janji temu tersebut manakala Sivaraj pula mempersoalkan sampai bila mereka perlu menunggu.
Situasi yang sama berlaku terhadap beberapa lagi netizen.
Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang telah menerima vaksin memuji aturan pergerakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan petugas-petugas yang cukup sopan melayan orang ramai.
PICK bermula dengan fasa pertama membabitkan petugas hadapan diikuti fasa kedua pada 17 April khusus untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.
Netizen Kongsi Trik Percepatkan Tarikh Vaksin
Menerusi laman Instagram limabelasminit, pengendali laman sosial itu pada Sabtu malam berkongsi kaedah berkesan.
Sia mendakwa dapat mempercepatkan panggilan temujanji untuk suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera selepas ‘tip’ itu dikongsi oleh salah seorang pengikutnya.
“Kena buat macam ni baru dapat vaksin!!! Lepas empat jam terus dapat tarikh dalam MySejahtera.
Terima kasih kepada follower @limabelasminit yang bagi tips ini,” tulis admin akaun tersebut kepada 124,000 pengikut mereka.
Malah pengendali laman itu sendiri mendakwa telah mencuba kaedah tersebut dan berjaya mendapat tarikh temujanji.
Menurut info yang dikongsi, seseorang itu perlu membuka aplikasi MySejahtera dan pergi ke bahagian ‘helpdesk’ sebelum memaklumkan isu yang dihadapi mereka.
“Tarikh register vaksin xx/2/2021 tapi belum dapat tarikh temujanji vaksin sehingga hari ni 2/7/2021,” tulis ayat dalam paparan skrin yang dikongsi.
Menurut individu yang berkongsi kaedah itu, dia mendakwa terus menerima tarikh temujanji vaksin selepas empat jam berbuat demikian.
Dalam pada itu, beberapa netizen di ruangan komen turut mencuba kaedah berkenaan dan mendakwa menerima keputusan yang cukup mengujakan hati setelah sekian lama menunggu.
“Berjaya buat juga tadi. Terus dapat tarikh temujanji.
“Terima kasih admin. Tak sangka menjadi. Lima minit je buat terus dapat temujanji vaksin kat Bukit Jalil,” demikian antara dakwaan netizen.
Namun, ada juga yang mendakwa kaedah itu sebenarnya tidak berkesan untuk mempercepatkan temujanji vaksin.
“Tak ada maknanya. Dah lama dah buat trick ni. Tapi haram sampai sudah tiada date vaksin pun,” tulis seorang lagi netizen di ruangan komen.
Rasanya tak salah kalau nak mencuba. Jika ada mana-mana pembaca yang dah cuba kaedah ini, mungkin boleh kongsikan pengalaman anda dengan kami.
Sama-sama kita berdoa agar proses vaksinasi di negara ini segera mencapai imuniti kelompok dan berjalan lancar.
Sumber : MSTAR ONLINE / Awani