Semasa

Mengedar Ayam Di Tepi Jln, Cara Anju Dipuji Apabila Dia Tutup Live Supaya Tak Terakam Muka Pnerima

Nama selebriti penuh kontroversi dan sensasi, Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju kerap menjadi sorotan media memandangkan gemar berkongsi aktiviti sehariannya di media sosial.

Walau bagaimanapun, Anju sememangnya tidak lokek memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

Kali ini, selebriti tersebut telah membuat live FB sebelum mengedarkan ayam mentah secara percuma di tepi jalan dan menghantar sendiri ke orang awam yang berhenti bagi mendapatkan ayam tersebut.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah pada minit ke 0.41 apabila Anju memaklumkan terpaksa menutup live sebelumnya kerana ternampak penerima ayam mentah itu.

Dia merasakan perkara tersebut tidak baik dan enggan wajah penerima bantuan didedahkan.

Sedekah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji tindakan Anju dengan menyifatkan apa yang dilakukan itu harus dicontohi.

Ia bukan sahaja menutup aib penerima bantuan tetapi dapat mengelakkan sebarang pertikaian bantuan di kemudian hari. Mereka juga mendoakan agar Anju dimurahkan rezeki dan danap membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Sedekah

Sedekah

Sedekah

Sedekah

Sumber: FB Food Anjoulie