
Kesempitan hidup bergelut dalam fasa PKP yang tidak berpenghujung memaksa golongan ibu bapa mengharap bantuan pada pihak tertentu. Bukan semudah yang disangka, hakikatnya masing-masing menebalkan muka lagi-lagi mengenangkan keperluan harian anak sendiri.
Pun begitu baru-baru ini, satu pihak yang giat menjalankan agihan derma kepada masyarakat sekitar meluahkan rasa terkilan kerana didapati sebuah keluarga menjual kembali barangan pemberian mereka. Di atas desakan salah faham yang berlaku, kedengaran si suami penerima tidak cakap banyak meminta maaf lalu memulangkan semula bekalan pampers kerana enggan mengeruhkan keadaan.
Siapa menyangka, rupanya mereka sekeluarga telah menerima bantuan pampers anak dengan saiz salah. Tidak tahu bahawa penukaran boleh dibuat, suami isteri ini menjualnya kembali dengan niat wang yang diperolehi nanti akan digunakan untuk membeli lampin bersaiz betul. Sumbangan lebih yang diterima turut diberikan kepada jiran sekitar, bukannya ‘makan’ sendiri. Mujur sahaja ada pihak lain iaitu Encik Muhammad Ardy yang datang sekali gus memberi peluang pada keluarga ini untuk menjelaskan hal sebenar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kasihan dengan suami isteri berkenaan. Malahan mereka berpendapat isu terbabit sebenarnya boleh dibincang secara damai.
Sumber/Kredit: TkT0k belladevass & FB Muhammad Ardy Syahadat via Kis4hDunia