Sebelum ini, tular seorang pelakon wanita iaitu Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju dipuji kerana kerap memberikan bantuan makanan kepada orang awam di tepi jalan dengan sikap ceria dan friendly. Antara sumbangan yang pernah diberikan adalah seperti ayam, daging, ikan siakap, ketam dan banyak lagi keperluan lain.
Kenapa Anju beli barang mahal?
Dalam satu rakaman terbaru dimuat naik oleh Anju sebentar tadi, ada orang awam mempersoalkan tentang harga barang-barang yang diberikan olehnya kepada masyarakat. Berbeza dengan pemberi lain, aktres ini mengagihkan barangan keperluan berjenama mahal tanpa mengira kos perbelanjaan yang dikeluarkannya sendiri.

Apa kurangnya mereka? Yang aku kena kasi sardin atau roti murah?
Anju memberi penjelasan bahawa dia hanya mahu menyumbang barang-barang berkualiti dan sama sedap seperti yang dibelinya selama ini. Tambahan pula, penerima bantuan itu bukannya pengemis, sebaliknya rakyat biasa yang hidup susah. Menurutnya lagi, biarlah bantuan cuma dapat diberikan kepada 10 buah keluarga sahaja asalkan apa yang didermakan bukan sekadar ‘asal boleh’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Anju yang suka memberi sumbangan terbaik kepada orang yang susah. Malahan juga yang turut mendoakan semoga rezeki pelakon ini diperluaskan lagi kerana prihatin dengan nasib masyarakat susah.
Sumber: Facebook Food Anjoulie