Semasa

Insiden tembakan Kem TUDM: Saya mengandung empat bulan, ini yang arwah tunggu-tunggu

KUCHING: “Saya tengah mengandung empat bulan sekarang, ini yang dia (arwah) tunggu-tunggu…”.

Itu perkongsian isteri arwah Koperal Udara, Mohd Ehsan Sehamat, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia dalam satu insiden di Kem Skuadron 330 TUDM di Kota Samarahan awal pagi Jumaat.

Kurang lima bulan lagi untuk Nur Atiqah Nurul Supyie untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka.Ketika ditemui Nur Atiqah seakan-akan tidak percaya bahawa suami tersayang telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.>Menceritakan detik akhir, tiada tanda-tanda luar biasa sebelum arwah Mohd Ehsan keluar ke tempat kerja.

“Tiada apa-apa yang luar biasa atau pelik perangai arwah… kami bersalaman dan arwah sempat mencium pipi saya.”Saya turut dulu, nanti saya mesej adalah ucapan terakhir arwah sebelum pergi kerja,” katanya sambil menyeka air mata ketika ditemui.

Baru menjalin ikatan perkahwinan tahun lepas, hati isteri mana yang tidak rasa kehilangan apabila sikap periang dan lucu seorang suaminya yang kini tidak lagi dirasai.Hanya doa dan kenangan manis menjadi peneman Nur Atiqah yang reda dengan pemergian Mohd Ehsan.

Selain itu, Atiqah berharap agar proses bedah siasat dapat dilakukan dengan cepat agar jenazah suaminya boleh disemadikan dengan sempurna.”Harapan saya cuma semoga saya proses forensik ini cepat supaya dia tak lama lama sangat kat sana,” katanya.

Setakat pukul 2 petang ini, jenazah keempat-empat mangsa anggota TUDM yang terlibat dalam insiden tersebut masih dalam proses menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasatan dilakukan seterusnya termasuk pengebumian.

2 thoughts on “Insiden tembakan Kem TUDM: Saya mengandung empat bulan, ini yang arwah tunggu-tunggu”

  1. 682752 847870Maintain up the excellent function , I read couple of weblog posts on this website and I believe that your website is real interesting and has bands of excellent information . 762531

  2. 759454 465409 Its hard to discover knowledgeable folks on this topic, but you sound like you know what youre talking about! Thanks 882151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *