Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya bermula dari tahun 2016.
Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya.
Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.
Sila Tonton Video Di Bawah :
Sumber: OhMyMedia, TikTok
@Samballana_bistro78
680288 643447Youre so cool! I dont suppose Ive read anything like this before. So good to uncover somebody with some original thoughts on this topic. realy thank you for starting this up. this web site is something that is required on the internet, someone with a little originality. beneficial job for bringing something new to the internet! 799556