Tindakan kejam seorang lelaki di Singapura atas tuduhan membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun telah dibicarakan. Mangsa dipercayai dibunuh oleh bapa tirinya itu hanya kerana membuang air kecil di luar mangkuk tandas. Bapa tiri yang bernama Muhammad Salihin Ismail itu didakwa telah menendang perut mangsa beberapa kali pada September 2018 hingga menyebabkan kematiannya.
Perbuatannya yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu telah menyebabkan kanak-kanak perempuan itu mengalami pendarahan dalam perut. Menurut laporan, tertuduh mengahwini ibu mangsa, Syabillan Syamien Riyadi pada Ogos 2016 ketika mangsa berusia dua tahun dan dikurniakan sepasang adik lelaki kembar. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah flat.
Difahamkan, mangsa mula belajar menggunakan tandas sebagai persediaan untuk ke sekolah pada akhir September 2018. Berdasarkan rekod kes pendakwaan, si bapa berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas dan memarahi serta menumbuk perut mangsa beberapa kali.
Selepas kejadian pertama, mangsa kemudian memberitahu mahu ke tandas dan tertuduh menyuruhnya pergi sendiri. Namun, sekali lagi tertuduh temui tompokan urin di atas lantai lalu naik angin hingga menolak mangsa ke lantai serta menendang dan menumbuk perutnya beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu.
Pada malam hari kejadian, mangsa telah mengadu sakit perut pada ibunya dan muntah di atas sofa. Keadaan itu berterusan sehingga keesokan harinya dan tertuduh didakwa telah menjolok tekak mangsa dengan jari telunjuk semasa mangsa mengalami kesukaran untuk muntah. Tindakan tersebut membuatkan mangsa akhirnya muntah dan jatuh pengsan.
Apabila anggota paramedik tiba di tempat kejadian, mereka dapati kanak-kanak itu sudah tidak lagi bernafas dan nadinya terhenti. Hasil rawatan pertama, mereka menemui kesan lebam pada muka mangsa dan terus dibawa ke hospital serta disahkan meninggal dunia pada jam 10.12 pagi hari sama. Pihak hospital melaporkan kematian mangsa dan tindakan tertuduh kepada pihak polis.
Berdasarkan laporan, tertuduh mengakui dia sengaja menyasarkan perut anak tirinya kerana mahu ‘memberi pengajaran’ kerana mengalami masalah untuk membuang air kecil dengan betul. Jika tertuduh disabit bersalah, dia bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
860159 795397I surely did not realize that. Learnt some thing new these days! Thanks for that. 819739
859460 321928I discovered your web site web site on google and check a couple of your early posts. Preserve inside the top notch operate. I just extra up your Feed to my MSN News Reader. Seeking for toward reading far more of your stuff afterwards! 1680
105945 744839Hi! I discovered your internet site accidentally today, but am really pleased that we did! Its not only entertaining, but in addition straightforward to make use of in contrast to lots that Ive viewed! 337400
728177 872075This is such a terrific resource that youre offering and you provide out at no cost. I appreciate seeing internet sites that realize the worth of offering a perfect beneficial resource entirely free. I genuinely loved reading your submit. 133046