Semasa

Anak Tergamak Kelar Leher Ibu Guna Parang Ketika Memasak Di Dapur, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

Anak Tergamak Kelar Leher Ibu Guna Parang Ketika Memasak Di Dapur, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemuda berusia 23 tahun telah ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya menggunakan sebilah parang. Insiden tragis itu dipercayai berpunca kerana suspek terasa tersisih dengan layanan daripada ahli keluarganya.

Anak Tergamak Kelar Leher Ibu Guna Parang Ketika Memasak Di Dapur, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

Foto: News Detik

Memetik laporan Detik News, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Cilacap, Indonesia yang didiami mangsa dan anak-anaknya termasuk suspek. Menurut sumber, pembunuhan itu dipercayai sudah dirancang dan suspek bertindak sedemikian kerana sedih kewujudannya seakan tidak dihargai oleh ahli keluarga termasuk ibu kandungnya.

Suspek yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini disifatkan seorang anak yang pendiam dan sering menolong ibunya menjual bubur. Meskipun begitu, dia dipercayai sering disisih dan dimarahi. Malah, ibu dan adik beradiknya yang lain juga kurang berkomunikasi dengannya.

Anak Tergamak Kelar Leher Ibu Guna Parang Ketika Memasak Di Dapur, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

Foto: Regional Kompas

Menurut Ketua Polis Cilacap AKBP Leganek Mawardi, suspek telah lama menyimpan dendam terhadap ibunya sehinggalah pada suatu hari, suspek nekad untuk mengakhiri hidup wanita tersebut. Difahamkan, suspek telah mengelar leher ibunya yang berusia 43 tahun menggunakan parang ketika wanita itu sedang memasak di dapur. Menurut keterangan saksi, jeritan mangsa ketika dibunuh turut didengari jiran tetangga.

Jelasnya lagi, mangsa juga sudah cuba melawan tapi malangnya dia tidak berdaya. Mangsa telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian leher. Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Detik NewsInews</a

MAKLUMAN – Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sementara itu, anda juga boleh membaca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE..TERIMA KASIH

1 thought on “Anak Tergamak Kelar Leher Ibu Guna Parang Ketika Memasak Di Dapur, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…”

  1. Hi there to all, for the reason that I am genuinely keen of reading this website’s post to be updated on a regular basis. It carries pleasant stuff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *