Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Texas, Amerika Syarikat selepas dia dan ibu bapanya yang tidak divaksin dijangkiti COVID-19.
Difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah kes kematian yang termuda di Galveston County sejak dari wabak tersebut tercetus.
Kini, ibu bapanya dikatakan menyesali keputusan mereka menolak vaksin bagi melindungi diri terhadap virus tersebut.
“Saya adalah salah seorang yang antivaxx, saya menentangnya,” kata ibu kanak-kanak tersebut. “Kini, saya harap saya tidak pernah menentangnya.”
Wanita tersebut memberitahu kepada The Daily news bahawa anaknya itu tidak pernah didiagnos mengalami masalah imun atau penyakit lain, namun dia yang jatuh sakit berbanding adik beradiknya.
Sebilangan besar keluarga mereka telah dikuarantin selepas ibu bapa disahkan positif virus tersebut pada Isnin dan harus diasingkan dari keluarga.
Walaupun cuba berusaha mengelakkan keadaan menjadi lebih serius, virus itu telah merebak sehingga menjangkiti tunangya dan anaknya yang berusia 5 bulan.
Pada kira-kira pukul 2 pagi pada Selasa, wanita tersebut menyedari bahawa anaknya itu demam, jadi dia pun memberikan ubat dan kemudiannya menidurkannya.
Pada jam 7 pagi, ketika wanita tersebut dan tunangnya keluar untuk bekerja, anaknya dilaporkan sedang tenat.
Namun keadaan kanak-kanak tersebut bertambah buruk, dan pada pukul 7 pagi, dia dilaporkan sudah meninggal dunia.
“Dia telah meninggal dunia ketika dalam tidurnya,” kata wanita itu.
Kanak-kanak 4 tahun yang merupakan pelajar prasekolah itu adalah antara 466 penduduk Galveston yang meninggal dunia akibat daripada COVID-19.
Dia juga adalah penduduk pertama yang berusia bawah 20 tahun yang diserang virus tersebut.
Wanita tersebut turut berharap bahawa kisah anak perempuannya ini dapat mengubah fikiran orang ramai mengenai COVID-19.
Dia juga menyeru kepada orang ramai untuk memahami bahawa walaupun secara stastitiknya perkara tersebut jarang terjadi, kanak-kanak juga boleh mati akibat COVID-19.
Ibu kepada wanita tersebut pada sebelum ini pernah menyuarakan pandangan skeptikal tentang vaksin tersebut, namun kini wanita itu menyatakan bahawa dia dan tunangnya sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan vaksin.
Sumber: Daily Mail