Indah tetapi menakutkan, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat foto-foto keadaan awan di Cyberjaya yang tular di media sosial sejak petang tadi.
Menerusi beberapa kiriman yang dimuatnaik di Facebook dan Twitter, rata-rata penduduk di Cyberjaya terkejut melihat keadaan awan yang gelap dan tebal itu.
Namun, keadaan itu juga dirasakan normal kerana menandakan bahawa hujan akan turun.
Terkejut tengok awan kat luar macam ni sekarang. pic.twitter.com/wo8DDQW5Gh
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) October 1, 2021
Becareful guys @Twt_Cyberjaya pic.twitter.com/0Njy9UYOPi
— Amelia (@dilatorylife) October 1, 2021
— ely? (@elyelephant) October 1, 2021
Me too pic.twitter.com/Axo0tW8F0T
— Amani Fisal (@amanifisal_) October 1, 2021
Melalui ruangan komen di page Cyberjaya Community, ada yang mengatakan bahawa awan itu seakan awan Arcus yang biasanya kelihatan ‘bergulung’ dan ‘terhampar’ di langit seperti karpet. Ia kebiasaannya dikaitkan dengan ribut petir dan hujan lebat.
Sumber: Cyberjaya Community, Cyberjaya Info
88423 124948Interesting post. Ill be sticking around to hear a lot more from you guys. Thanks! 453249