Semasa

Lepas 4 Hari Kahwini Periuk Nasi, Lelaki Ni Ambil Keputusan Ceraikan ‘Isteri’

Sempat tular baru-baru ini kerana berkahwin dengan periuk nasi, lelaki ini akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ setelah empat hari berkahwin.

Lelaki yang dikenali sebagai Khoirul Anam ini mengambil keputusan bernikah dengan ‘isterinya’ 20 September lalu. Menurut hantaran Khoirul Anam, periuk nasi tersebut merupakan sosok ‘isteri’ idaman kerana putih, pendiam, penurut, tak banyak bercakap dan pandai memasak.

Lepas 4 Hari Kahwini Periuk Nasi, Lelaki Ni Ambil Keputusan Ceraikan ‘Isteri’
Gambar: Facebook Khoirul Anam

Dalam hantaran yang sama, Khoirul Anam turut memuatnaik beberapa foto di hari perkahwinannya dengan periuk nasi tersebut. Lelaki tersebut dilihat berpakaian pengantin dan mengenakan selendang selayaknya pengantin kepada ‘sang isteri’.

Khoirul Anam turut dilihat bersalam dengan ‘kadi’ dan menandatangani dokumen pernikahan seperti pasangan berkahwin pada umumnya.

Lepas 4 Hari Kahwini Periuk Nasi, Lelaki Ni Ambil Keputusan Ceraikan ‘Isteri’
Gambar: Facebook Khoirul Anam

Namun ‘perkahwinan’ mereka hanya bertahan empat hari setelah lelaki tersebut mengambil keputusan menceraikan ‘isteri’ periuk nasinya. Penceraian ini turut disahkan Khoirul Anam melalui sebuah hantaran di Facebook, 24 September lalu.

“Keputusan saya sudah bulat. Memang berat tapi ini jalan yang saya ambil. Tiada pasangan yang sempurna,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Memetik laporan Suara.com, Khoirul Anam ternyata menceraikan ‘isterinya’ kerana ia hanya boleh memasak nasi, tapi tidak makanan lainnya.

Pun begitu, hantaran tersebut hanya dianggap sebagai candaan dan hiburan untuk warga net. Hal ini kerana, ia bukan pertama kali lelaki tersebut memuatnaik foto-foto ‘unik’ seperti ini.

Sumber: Facebook Khoirul AnamSuara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *