Kes curang-mencurangi nampaknya masih lagi berlaku dan tular di media sosial. Tak hanya melibatkan orang yang sudah berkeluarga, tetapi mereka yang masih bercinta turut mengalami kejadian sama.
Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @apidapidd apabila memuat naik video ‘menerjah’ teman wanitanya yang keluar dengan lelaki lain.
“ada dengan jantan! Sbb tu tak angkat call aku.. pastu kau hina pekerjaan aku depan dia. hebat kau ni! tulisnya di kapsyen.
Dalam video tersebut, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang teman wanitanya berpaling tadah disebabkan dia kini bekerja sebagai penghantar makanan sahaja sedangkan sebelum ini dia merupakan salah seorang pekerja di travel agency.
Video berdurasi 22 saat itu telah tular dan mendapat pelbagai maklum balas dari netizen. Rata-rata menyalahkan wanita tersebut apabila dia bertindak membuat video mempertahankan diri di InstaStory menyalahkan semula teman lelakinya kerana mempermalukannya di khalayak ramai.
Wanita tersebut juga dilihat meninggalkan komen diruangan TikTok @apidapidd mempersoalkan tindakannya memuat naik video tersebut namun lelaki itu memaklumkan apa yang dilakukan sebagai satu bentuk amaran.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyokong tidakan berani lelaki berkenaan kerana mendedahkan kecurangan teman wanitanya.
Namun ada juga yang merasakan apa yang dilakukan pengguna TikTok berkenaan agak keterlaluan dan seakan membuka aib orang lain sehingga dicemuh netizen.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
— arianator (@smallfarid) October 3, 2021
ANTARA KOMEN2 NETIZEN:
Sumber: TikTok @apidapidd, Twitter @smallfarid