Menonton filem atau drama kadang-kadang boleh memancing emosi. Bila datang babak sedih, kita pun boleh menangis sama, kadang tu sampai teresak-esak la.
Sama juga macam lelaki ni. Bukan drama atau filem je tau ada babak sedih, kartun pun ada. Sampai teresak-esak lah abang ni menangis sebab watak yang dah sekian lama wujud dalam animasi ni akhirnya mati.
Video yang diunggah pengguna TikTok @yoppitanjuang ini mendapat sorotan warga net apabila ditonton 3.2 juta kali dalam masa 14 jam. Menurut lelaki di dalam video yang juga pemilik akaun TikTok berkenaan, video dirinya menangis diambil dan dimuatnaik senyap-senyap oleh isterinya.
Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki itu sedang menompang dagu dengan wajah yang sugul di depan laptop. Sesekali lelaki ini nampak mengesat air mata dan tak lama kemudian menangis teresak-esak.
Menurut tulisan isterinya dalam video sama, dia berasa penasaran kerana selama berkahwin, tidak pernah dia melihat suami menangis begitu sekali. Sang isteri kemudian mendekati suaminya lalu bertanya kenapa lelaki itu menangis.
Awalnya lelaki tersebut menolak untuk menjawab. Namun setelah didesak akhirnya dia bersuara, “Naruto. Kurama mati.”
Bagi yang tak tahu siapa Kurama, Kurama adalah watak serigala berekor sembilan dalam siri animasi Jepun Naruto. Kurama ni bukan sahaja seekor serigala, tapi merupakan kawan baik kepada watak utama, Naruto Uzumaki.
Tak dinafikan, episod kematian Kurama ni banyak mengundang sebak dalam kalangan penonton, tambahan pula peminat Naruto yang dah lama ikuti siri ni.
“I feel you bro“
Di ruangan komen, warga net rata-rata memahami perasaan lelaki itu yang sebak dengan ‘pemergian’ watak Kurama yang dah sekian lama menemani Naruto.
TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO:
https://vt.tiktok.com/ZSeRrMkRs/
Yang dah tengok episod ni, rasa macam potong bawang tak?
Sumber: TikTok @yoppitanjuang