Semasa

Laut Bertukar Warna Darah, Manusia Di Kepulauan Ini Jalankan Ritual Bunuh 131 Ikan Paus

Sebanyak 131 ekor ikan paus telah dikorbankan oleh penduduk Kepulauan Faroe dalam satu festival pemburuan ikan paus. Sejak itu, laut disekeliling pulau telah bertukar dengan warna darah dalam masa 24 jam.

Kumpulan pemuliharaan haiwan menyatakan bahawa ikan paus telah dibunuh dengan cara yang kejam dan mereka mengkritik ritual yang berlaku sejak 1,000 tahun lalu walaupun ia telah dilindungi di bawah Konvensyen Bern untuk hidupan liar.

Menulis di Instagram, “Orang Faro memakan daging ikan dolpin dan mempertahankan tradisi yang disebut ‘Grindadrap’, yang membolehkan nenek moyang mereka bertahan pada iklim hari ini, pasar raya mereka penuh dengan pelbagai jenis makanan namun perburuan tetap berlaku.

“Rata-rata, 800 cetacea terbunuh setiap tahun di Kepulauan Faroe atas nama ‘tradisi’ walaupun kurang dari 20 peratus penduduk pulau itu yang makan daging ikan paus dan bluber.”

Blue Planet Society mendakwa banyak lagi yang terbunuh sejak beberapa hari lalu dan mendesak agar pemerintah Faroe mengambil tanggungjawab untuk menghentikan tradisi tersebut.

Mereka juga telah melancarkan petisyen di Change.org, yang telah menarik hampir setengah juta tandatangan. Ia meminta para pemimpin Kepulauan Faroe dan Jepun menghentikan semua jenis perburuan ikan paus.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Difahamkan, sekitar 100,000 ikan paus berenang di laut berhampiran Kepulauan Faroe, sebuah kepulauan Atlantik Utara yang terletak di antara Norway dan Iceland. Walaupun semua pemburu mempunyai lesen memburu, tradisi ini dilihat sebagai sesuatu yang ‘bodoh’ dan kejam oleh aktivis pelindung haiwan.

Sumber: The Vocket

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 thought on “Laut Bertukar Warna Darah, Manusia Di Kepulauan Ini Jalankan Ritual Bunuh 131 Ikan Paus”

  1. 647814 15862Attractive portion of content. I merely stumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I get in fact loved account your weblog posts. Anyway I will be subscribing to your augment and even I success you get admission to constantly speedily. 763926

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *