Sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk di perumahan pangsapuri yang selalu ‘cop parking’ walaupun tahu petak parkir yang disediakan itu adalah untuk kegunaan semua penduduk di kawasan tersebut. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pemilik rumah mempunyai lebih dari sebuah kenderaan menyebabkan petak parkir yang disediakan tidak mencukupi.
Disebabkan kesukaran mendapatkan petak parkir, ada segelintir penduduk yang mementingkan diri bertindak melakukan amalan cop parking dengan menggunakan pelbagai objek seperti kon, kerusi, tong dan lain-lain agar petak parkir tersebut tidak diambil oleh pengguna lain.
Namun, amalan seperti ini adalah tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi petak parkir yang disediakan itu adalah kemudahan awam untuk penduduk di kawasan itu. Tindakan tidak bertanggungjawab itu juga melanggar undang-undang dan mana-mana penduduk yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.
Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan operasi menghapuskan amalan cop parking di sebuah perumahan flat yang menyaksikan pelbagai objek yang digunakan untuk cop parking dirampas menggunakan dua lori MPAJ.
Operasi MPAJ itu sempat dirakam oleh salah seorang penduduk yang turut berpuas hati dengan tindakan tegas pihak berkenaan bagi memberi pengajaran kepada penduduk terbabit.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:
“Yes! Inilah yang kita mahu. Itu dia.. kutip semua kon-kon itu. Baru diorang buka mata. So selepas ini tak payahlah nak cop cop parking ye,” katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen turut memuji tindakan tegas MPAJ dan menyarankan pihak berkuasa mengeluarkan kompaun/saman terhadap penduduk terbabit agar tidak mengulangi amalan yang tidak bertanggungjawab itu.
“Alang-alang ambil tong, kasi saman/kompaun terus pada owner rumah yang rata-rata orang seperti ini pantang ditegur,” kata Jie Jie.
“Tak mampu, buat cara tak mampu. Nak rumah siap parking, beli atau sewa kondominium terus. Duduk flat ni, siapa cepat dia dapat parking,” kata Yie Lekir.
Sumber: Facebook
77235 2902Most reliable human being messages, nicely toasts. are already provided gradually during the entire wedding celebration and therefore are anticipated to be very laid back, humorous and as properly as new all at once. greatest man speech 251426