Insiden yang menimpa Jeffry Aziz dikongsi di laman sosial termasuk di Facebook Cyberjaya Community. -Gambar Facebook
CYBERJAYA: Seorang petugas di stesen televisyen dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas pelanggaran dengan sebuah kereta dekat sini, pagi ini.
Insiden yang menimpa mangsa yang dikenali sebagai Jeffry Aziz, 57, dikongsi di laman sosial termasuk di Facebook Cyberjaya Community.
Allahyarham Jeffry yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd (APSB) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dipercayai pada jam 9 pagi ketika mangsa menunggang basikal bersendirian di Cyberjaya.
Jenazah Jeffry kini berada di Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
Allahyarham juga pernah bertugas di bahagian Animated Production Technic (APT) sebagai juruaudio.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, kelihatan basikal yang digunakan oleh mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian tayar belakang.
Kemalangan maut melibatkan penunggang basikal di Cyberjaya pagi tadi.
Salam takziah. Semoga keluarga mangsa tabah.
Jalan raya bukan tempat yang sesuai untuk berbasikal. Ambil iktibar.@MOTMalaysia @JPJ_Malaysia @weekasiongmp pic.twitter.com/ZhuEwen23X
— Malaysian Update?? (@Msia_Update) October 22, 2021
Setakat ini, punca kemalangan dan kematian mangsa masih belum dikenal pasti.
Astro AWANI sedang mendapatkan kenyataan polis berhubung kejadian dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
BERITA LANJUT MENYUSUL