Tak dinafikan lagi, bekerja sebagai penghantar barang atau ‘delivery guy’ merupakan satu pekerjaan yang sangat mencabar.
Bukan sahaja terpaksa menghadapi masalah cuaca, malah ramai yang dilaporkan terkorban di atas jalan raya ketika bertugas menghantar barang ke rumah pelanggan.
Baru-baru ini, video seorang penghantar barang J&T menjadi tular di Twitter kerana memperlihatkan kegigihan pemuda itu sanggup mengutamakan barang pelanggan sewaktu ditimpa kemalangan.
Titi roboh, motosikal jatuh parit
Menerusi video berkenaan, pemuda itu terlibat dalam satu kemalangan apabila motor yang dinaikinya jatuh ke dalam parit di hadapan sebuah rumah.
Kejadian itu menyebabkan motosikalnya terperangkan dalam parit namun apa yang membuatkan netizen terharu adalah dia memilih untuk menyelamatkan beg berisi barang pelanggan terlebih dahulu.
Di samping berasa terharu, rata-rata netizen mendoakan dan memberi kata-kata semangat terhadap pemuda terbabit.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Setiap musibah itu akan digantikan dengan rezeki Insyaa Allah. Terima kasih kerana amanah mengendalikan barang pelanggan. Semoga dipermudahkan urusan selalu!
Sumber: TikTok @afiqyaww