Antara saat paling bahagia buat seorang perempuan adalah apabila lelaki yang dicintainya menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan ke satu tahap lebih serius. Lazimnya, pihak lelaki akan datang bertemu keluarga si gadis untuk merisik sesuai dengan adat yang sering dibuat.
Suasana detik terindah itu turut dikongsikan seorang gadis bernama Puteri menerusi beberapa video di TikTok. Majlis yang diadakan secara sederhana tersebut turut dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, tiba-tiba sahaja kedatangan merisik itu bertukar lain daripada tujuan sebenar.
Mana tidaknya, orang tua masing-masing bersetuju untuk terus menikahkan mereka berdua. Difahamkan, keputusan itu diambil setelah mengambil kira pasangan tersebut yang harus ke mana-mana berdua bersama bagi menguruskan beberapa perkara. Ia sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya mereka berkahwin kerana si gadis sudah terhamil luar nikah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkongsian berkenaan. Selain itu, ramai yang mengakui pada awalnya agak terkejut apabila melihat pemuda tersebut mengucup dahi si gadis pada majlis merisik berkenaan.
Sumber: TikTokĀ PucezĀ