Semasa

Lama menyepi, Caprice senyap2 nikah dengan wanita pilihan hati

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice dilaporkan telah selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya hari ini.

Menerusi laporan mStar Online, seorang pengguna laman Instagram @yasserpink berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli serta pasangan mengenakan persalinan serba putih di atas pelamin.

Lama menyepi, Caprice senyap2 nikah dengan wanita pilihan hati

Malah, foto tersebut turut dikongsi semula oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang pasti mengejutkan warganet terutama dalam kalangan peminat Caprice.

Lama menyepi, Caprice senyap2 nikah dengan wanita pilihan hati

Selain itu, mStar Online turut dilaporkan menghubungi pembantu penyanyi rap berkenaan yang dikenali sebagai Aiman namun tidak dapat mengesahkan mengenai berita gembira itu.

KOMEN LUCU NETIZEN: 

VIDEO:

“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.
“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. 
“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,” kata Aiman.

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)

2 thoughts on “Lama menyepi, Caprice senyap2 nikah dengan wanita pilihan hati”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *