Semasa

Wanita Gembira Bantu Sahabat Lahirkan Anak, Tapi Ayah Bayi Rupanya Suami Sendiri

Seorang wanita di Wickenburg, Arizona yang meraikan sahabatnya yang baru melahirkan anak, kecewa selepas mendapat tahu ayah kepada bayi itu rupa-rupanya suaminya sendiri.

Hailey Custer, 28, berkata,  dia tidak menyangka bahawa suami yang dikahwininya sejak enam tahun lalu, Travis Bowling, 36, tergamak mencuranginya  sebegitu rupa.

Menurut laporan Daily Mail, pada awalnya Hailey menjaga sahabatnya itu dengan baik sepanjang tempoh hamil sehinggalah masuk ke wad bersalin dan ketika hari kelahiran.

Difahamkan, dia begitu setia menjaga sahabatnya setiap masa sehingga sanggup memakai gelang ‘wrist band’ kelahiran yang sepatutnya dipakai oleh suami sahabat tersebut.

Tidak kurang juga, dia jugalah yang berurusan dengan pihak hospital selama ini termasuklah membuat janji temu dengan doktor, bawanya ke hospital dan banyak lagi.

Bagaimanapun segalanya bermula apabila dia ternampak satu benjolan tanda lahir di belakang leher bayi berkenaan yang mencurigakan, disyaki kelihatan sama dengan tanda di leher suaminya.

Setelah diselidiki, akhirnya persoalan itu terjawab apabila suaminya, Travis sendiri mengakui bahawa dialah ‘ayah’ kepada bayi tersebut – selaku lelaki yang menghamilkan sahabatnya sendiri.

Meskipun kecewa dicurangi, Hailey masih bertanggungjawab menjaga sahabatnya itu dan membawanya pulang ke rumah selepas diizinkan keluar dari wad bersalin di hospital tersebut.

“Saya sentiasa memikirkan tentang anak-anak saya, bayi itu (anak sahabatnya) adalah saudara kandung mereka dan saya tidak akan menjadi orang yang menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak itu,” kata ibu beranak empat itu.

Difahamkan, Hailey dan sahabatnya itu merupakan bekas penagih dadah yang sedang menjalani tempoh pemulihan.

Katanya, dia terdetik untuk berubah semasa mengandungkan anaknya yang terdahulu sebelum ini, lantas berazam untuk ‘memimpin’ sahabatnya itu agar ‘berubah’ sama.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Boleh dikatakan segala pengorbanan Hailey selama ini bagaikan sia-sia kerana dikhianati, dalam masa sama turut dicurangi oleh suaminya sendiri.

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *