Semasa

[VIDEO] Sikap rider Foodpanda tolong warga emas tolak motosikal raih pujian netizen

PETALING JAYA: Sebuah laman Facebook iaitu Taman Sri Gombak menyiarkan sebuah klip rakaman video memaparkan seorang penghantar makanan menolong warga emas menolak motosikalnya yang rosak.

Rakaman yang dipercayai diperoleh daripada Jully Yap yang memandu perlahan di belakang dua individu tersebut untuk memberi perlindungan kepada mereka.

Menurut Jully, tujuannya menyiarkan klip rakaman tersebut adalah untuk memberitahu kepada umum akan kebaikan yang dilakukan oleh penghantar makanan tersebut.

“Rider tu jalan selangkah demi selangkah teman uncle tu, saya dah offer untuk naik kereta bersama saya tetapi uncle tu tetap nak tolak motosikalnya sendiri.

“Kami bantu dengan menghalang kereta, nasib baik kereta-kereta di belakang tak hon kami. Mungkin mereka pun nampak situasi di hadapan,” katanya di dalam klip rakaman yang tular di Facebook.

Mengulas kejadian tersebut, rata-rata pengguna Facebook menzahirkan perasaan gembira melihat penghantar makanan tersebut sabar dalam menolong individu yang tidak berupaya dan mengucapkan syabas kepada pemandu kereta kerana bertolak ansur.

“Satu contoh tauladan yang baik, membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Uniknya negaraku. Terbaik bro Foodpanda,” komen Min Kiara.

“Bagus, macam ni la rakyat Malaysia. Rider tolong pimpin, kereta pulak cover dari belakang. Salute!” Komen Hanafie Napie.

“Rakyat Malaysia hidup aman damai kerana ada pemuda pemudi bermurah hati tak kira bangsanya yang seperti hero Foodpanda ini,” komen Wlliew Liew.

“Syabas adik. Mesti daripada keluarga yang baik dan mulia. Orang seperti adik inilah yang diiktirafkan sebagai manusia,” komen Mahadevi Athimoolam.

ANTARA KOMEN POSITIF NETIZEN:

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *