Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Nur Amirah mendakwa namanya dibuang daripada syarikat sendiri oleh suaminya di bawah jenama pakaian Elrah Exclusive sehingga mengundang simpati orang ramai.
Menurut warganet, tindakan tersebut disifatkan menganiaya wanita apatah lagi pernah melalui susah senang bagi memperkukuhkan jenama berkenaan meskipun si suami tidak mempunyai apa-apa sebelum ini.
Menerusi pemerhatian di media sosial Facebook, segelintir warganet menyatakan hasrat untuk memboikot perniagaan lelaki berusia 33 tahun itu susulan dakwaan ‘kejam’ dilakukan terhadap isterinya.
Kau akan terduduk!
Kalau macam ni memang tak ‘support’ dah
Boikot lepas ni.. dasar lelaki tak guna
Dah jutawan terus buang isteri
Mereka berpendapat, lelaki terbabit tergamak ‘menendang’ isterinya daripada perniagaan yang diusahakan bersama-sama selain mendakwa bersikap ‘tarik tali’ meskipun wanita itu sudah memfailkan permohonan cerai.
Menerusi ciapan di laman Twitter pula, terdapat juga individu menyatakan hasrat sama supaya tidak membeli lagi jenama berkenaan kerana ‘sakit hati’ apabila melihat pengorbanan usahawan wanita itu tidak dihargai oleh suaminya.
Tak payah ‘support’ lelaki yang anaiya bini
Boleh dah boikot elrah tu sape yang suka sangat, tok usah dok support laki yang anaiya bini sendiri gitu. Gila sgt nak cari harta.
— Your Manis?? (@yourmanis) November 19, 2021
Tiba2 kau kolot semua harta?
tetiba kau nak kolot semua harta bersama ehhhh. sedap! padahal kak migha tu banyak tolong dalm bisnes. huh boikot elrah ???
— ع (@aaaainnggggg) November 19, 2021
Jahat buat isteri macam tu…
Boikot elrah exclusive pejadah. Jahat ek buat isteri macamtu. Dasar jantan tak guna.
— Izzatul Nazmeen (@NazmeenAmin) November 20, 2021
Dah kaya terus buang bini… boikot!
Dah kaya terus buang bini padahal masa kau susah bini kau yang support kau. Boikot elrah
— ・`♡?????̈☽ (@fikaika_) November 20, 2021
Bisnes suami isteri sendiri pun tak boleh percaya dah
Uu wow, laki bini bisnes partner pon dah tak boleh percaya, senang2 ja laki buang nama bini dia dari company. Dude kau susah dulu bini tu sama2 bagi naik. Bila dah senang and gaduh terus buang nama bini. Boikot ELRAH.
— sy@ (@Syaz_nasam) November 20, 2021
Boleh dah boikot elrah tu sape yang suka sangat, tok usah dok support laki yang anaiya bini sendiri gitu. Gila sgt nak cari harta.
Terdahulu, beberapa pengguna Facebook memuat naik kompilasi video memaparkan luahan Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha menerusi IG Live sehingga mendapat belasan ribu perkongsian dalam kalangan warganet.
Sumber: Facebook, Twitter.