Semasa

“Saya geram, dia selalu main mobile legend..”, Isteri tekap muka suami dengan gam tikus disebabkan ini…

Padah terlalu kerap bermain permainan di telefon bimbit, seorang lelaki diberi pengajaran yang akan diingatinya sehingga bila-bila apabila isterinya bertindak melekatkan gam tikus di mukanya, lapor Daily Mail.

Difahamkan, si isteri sudah tidak dapat menahan kesabaran dengan si suami yang didakwa kerap mengabaikannya kerana terlalu asyik bermain permainan di telefon bimbit.

Lalu si isteri mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu.

Kejadian itu berlaku di Jiamusi, wilayah Heilongjiang, China, menunjukkan si suami sedang duduk leka bermain permainan di telefon bimbit.

Si isterinya datang menghampiri dan menunjukkan sekeping kertas yang disapukan dengan gam tikus sebelum ditampal ke muka lelaki itu tanpa ragu-ragu.

Terkejut dengan kejadian itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus itu dari mukanya serta berang dengan perbuatan isterinya yang hanya ketawa melihatnya.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Sumber: Daily Mail

3 thoughts on ““Saya geram, dia selalu main mobile legend..”, Isteri tekap muka suami dengan gam tikus disebabkan ini…”

  1. 962172 794440Do you mind if I quote a couple of your posts as long as I supply credit and sources back to your website? My blog is within the exact very same region of interest as yours and my visitors would truly benefit from some of the information you give here. Please let me know if this ok with you. Thanks! 885471

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *