Semasa

“Maaf tak kenal” -Hanya sekali jumpa Iqbal, Rossa anggap peminat nak bergambar

Baru beberapa minggu lepas, bekas pembantu peribadi Dato’ Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik gambar bersama penyanyi terkenal Indonesia, iaitu Datuk Seri Rossa.

Menerusi muat naik Iqbal di Instagram, Iqbal memaklumkan Rossa adalah insan pertama yang ditemuinya sejak ‘berhijrah’ ke Indoensia selepas membawa diri untuk mengubat kekecewaan.

Rossa mengakui hanya mengetahui ada seseorang yang ingin bergambar dengannya selepas memaklumkan dia dari Malaysia.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.

“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Tak salah jika mahu berteman sahaja

“Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.

“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya.

Tak semestinya berkenalan tu mahu berkahwin

Melihat daripada berita itu, Iqbal yang sememangnya aktif menggunakan sosial media telah segera memuat naik kenyataan dengan mengakui hanya sekali bertemu dengan Rossa.

Dia juga menyatakan tidak salah mahu berkenalan kerana tidak semestinya bersahabat itu bermakna mahu berkahwin.

Dia juga sedar yang tidak semua perkara boleh dijadikan konten dan masih menghormati privasi orang lain.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) Instagram ahmadiqbalzukefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *