Semasa

‘Bukan bapak kau yang bayar kereta!’ – Isteri menangis semalaman dimarahi suami kerana calarkan sport rim baru

Tergamak seorang suami memarahi, membebel dan mengungkit perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana si isteri membuatkan sport rim kereta barunya calar secara tidak sengaja. Isteri sudah menjelaskan mengenai apa yang berlaku, berbanding berdiam diri. Namun si suami masih tidak berpuas hati.

SALAM min. Minta siarkan beserta gambar.

Ya Allah min, dah dia setiap pagi check kereta, setiap sudut, saya memang takkan sembunyikan hal macam ni. Dia cakap saya tak tahu macam mana susah mencari duit sebab saya kerja cuma ketuk-ketuk keyboard lapan jam, kemudian balik ke rumah.

Dia tak tahu ke kerja saya ini menggunakan otak, balik nak berehat lagi, nak ambil anak-anak, nak memasak bagai.

Semalam saya masak kari ayam kegemaran dia pun, dia tak jamah siki pun. Sebaliknya dia membebel-bebel marahkan saya. Siap cakap, “Bukan bapak kau yang bayar kereta, boleh lah!”

Allahu min, bapa saya dah meninggal dunia dah. Kemudian dia kata dia tak nak hantar pengantin adik saya ke Pulau Pinang pada bulan Oktober nanti, malas katanya.

Allahu, saya buat bukan sampai kereta itu tak boleh berjalan, sedih betul. Saya pagi tadi dah tunggu Grab sebab tak nak bawa kereta dia, tak nak guna harta dia. Tetapi Grab tak ada, saya bawa juga kereta dia perlahan-lahan.

Petang semalam pun nak beli durian sebab saya suka durian pun saya tak nak makan. Saya betul-betul kecil hati dibuatnya.

Saya nak tanya, kedai mana yang boleh polish semula sport rim ini? Dah buat salah kan, beranilah betulkan. Berapa anggaran harga kalau polish di kawasan Johor Bahru

Sumber: Kisah Rumah Tangga

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 thoughts on “‘Bukan bapak kau yang bayar kereta!’ – Isteri menangis semalaman dimarahi suami kerana calarkan sport rim baru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *