Semasa

Kebaikan terus disebut. Tetapi Ada Pihak Nak Raih Keuntungan, Abang Viva Viral Kesal Ada Org Gunakan Namanya

Nama Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa-mangsa banjir menggunakan bot persendiriannya telah membuatkan ramai yang kagum dengan kebaikkan yang ditunjukan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ditanya perihal tindakannya yang mengambil cuti kecemasan demi membantu mangsa-mangsa banjir, pemuda berkenaan menyatakan yang dia bertawakal sahaja ketika mula bergerak ke Selangor dengan membawa bot yang biasa digunakan untuk memancing.

Jaga anak yatim, tolong orang susah mulianya hati

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan kisah hidup Abang Viva yang ramai tidak tahu.

Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa darjat pemuda tersebut diangkat oleh Allah S.W.T disebabkan ketulusan hatinya membantu ramai orang tidak kira ahli keluarga serta mangsa banjir ketika ini.

Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menerima ganjaran yang baik daripada Maha Pencipta.

Guna nama untuk raih keuntungan, Azwan luah rasa kesal

Selepas usaha kerasnya dipandang ramai, namun terdapat pula berita tidak diingini berlaku selepas terdapat pihak yang bertindak menggunakan namanya untuk meraih keuntungan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Azwan mengakui tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk meminta duit atau mengumpul dana dari orang ramai.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: OMM, Facebook

1 thought on “Kebaikan terus disebut. Tetapi Ada Pihak Nak Raih Keuntungan, Abang Viva Viral Kesal Ada Org Gunakan Namanya”

  1. 373259 380307Hi there! I simply want to give a huge thumbs up for the great data you can have correct here on this post. I will likely be coming once more to your weblog for more soon. 833773

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *