Semasa

Akibat rawatan besarkan punggng, Raja Ilya ‘seksa’ hampir hilang nyawa

Pelakon Raja Ilya mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa doktor estetik palsu selepas membuat suntikan ‘filler’ pada punggungnya  sekitar 2008 hingga 2009.

Menurut laporan BH Online, dia yang ketika itu masih naif berasa diskriminasi selepas dikatakan tiada aset seperti punggung besar ketika menghadiri uji bakat filem Tamil di India.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya berputus asa dan kemudian menyambung kerja sepenuh masa di Malaysia Airlines (MAS).

“Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Selepas menyedari perkara itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti membuat rawatan namun terpaksa menanggung kesan sampingan sehingga kini.

Berkongsi pengalaman ngeri, pelakon drama Tuan Anas Mikael itu pernah digigit kucing sebelum memutuskan ke klinik untuk mengambil vaksin pada 2015.

Selepas mengetahui ia adalah minyak silikon, dua tahun selepas itu dia melakukan rawatan membuang bahan terlarang berkenaan sebanyak mungkin.

Sebab kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang. Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang.

“Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Semua ketulan kelihatan sama dapat dikeluarkan, manakala, ketulan dekat organ, tidak boleh.

“Memang sedih saya kena hidup dengan ketulan sana sini sehingga sekarang,” tambahnya.

Sebelum ini, Raja Ilya tidak berpuas hati berhubung kematian seorang lelaki yang menerima suntikan membesarkan otot punggung dimana kes tersebut ditutup dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Raja Ilya

338 thoughts on “Akibat rawatan besarkan punggng, Raja Ilya ‘seksa’ hampir hilang nyawa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *