Semasa

Bukan mahu kereta mewah, ibu hamil mengidam naik ‘stroller’ bayi

berada di fasa kehamilan, segelintir golongan ibu pasti mengalami rasa mengidam atau keinginan pelik sehingga suami sedaya upaya untuk menunaikan kemahuan tersebut.

Selain mengidam makanan yang sukar diperolehi, terdapat juga individu teringin mencuba perkara ‘pelik’ tidak terjangkau dek akal seperti dilakukan seorang wanita ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi aplikasi TikTok, wanita tersebut yang juga usahawan Farhana Zahra memuat naik satu video memaparkan dirinya menaiki ‘stroller’ bayi sambil ditolak oleh suaminya di sebuah tempat awam.

“Korang layan isteri macam pemaisuri tak ? Hah tak?? Hmm lemah… yang ada isteri dengar dan tengok sampai habis kalau nak kaya melalui isteri,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, video pertama itu meraih 845,500 tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi sindiran kepada wanita terbabit kononnya ‘mengada-gada’ di khalayak ramai.

Bagaimanapun, ada juga segelintir wanita memahami konsep keinginan tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing dalam berdepan rasa mengidam sewaktu hamil.

Mengidam mengada la tu!

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

 

 

Setiap ibu mempunyai rasa mengidam yang berbeza-beza, jadi lebih baik sekiranya tidak menuduh sebarangan tanpa mengetahui perkara sebenar! Paling penting, kandungan dan ibu dalam keadaan sihat.

Sumber: TikTok @farhanazahra91

 

3 thoughts on “Bukan mahu kereta mewah, ibu hamil mengidam naik ‘stroller’ bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *