Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati lelaki ini sehingga mengalami kemurungan apabila hasrat dan impiannya untuk menghalalkan sang kekasih akhirnya musnah dalam sekelip mata selepas wanita itu membuat keputusan untuk berpisah.
RAKAMAN VIDEO PENUH ADA BAWAH SEKALI
Murung ditinggal oleh tunang
Perbualan bekas tunang minta maaf
Malah jika dilihat, Harry seakan ‘separa gila’ kerana asyik termenung sendirian sambil menatap gambar ‘pre wedding’ bersama wanita yang dicintainya itu. Lebih meruntun hati apabila melihat Harry menyarungkan baju yang sepatutnya dipakai sewaktu majlis pernikahannya. Kelihatan Harry beberapa kali merenung ke arah katil pengantin dengan pandangan yang kosong dan sayu.
Difahamkan, adik perempuan Harry sudah cuba menghubungi wanita itu dengan menceritakan keadaan Harry tetapi wanita terbabit langsung tidak mengendahkannya. Sehinggalah pada suatu hari, wanita itu sendiri telah menghantar pesanan ringkas dan memohon maaf kepada Harry serta mengajaknya berjumpa untuk menyelesaikan masalah antara mereka.
Menerusi video lain, Harry bersama rakan baiknya menafikan dakwaan bahawa semua itu adalah content rekaan. Menurutnya, apa yang dikongsikan sebelum ini adalah perkara sebenar yang dilaluinya. Dalam kesempatan itu, Harry memaklumkan bahawa dia kini sudah sembuh dan dalam masa yang sama dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang mendoakan kesembuhannya serta memberi kata-kata semangat buat dirinya.
Namun siapa sangka, selepas melalui detik-detik memeritkan, pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk bersatu kembali. Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana!
Menerusi video terbaru yang dimuat naik Harry memaparkan dirinya sedang bersanding di atas pelamin bersama seorang wanita. Menjawab pertanyaan netizen, Harry memaklumkan bahawa wanita tersebut merupakan bekas tunangnya yang sebelum ini pernah meninggalkan dirinya sehingga membuatkan dia mengalami kemurungan.
Bismillah, semoga keputusan ku terbaik.
Aku kalau sayang, sebusuk apa pun dia, aku bakal terima dia kembali. Tapi kalau aku sudah tak ada rasa cinta, aku tak akan ada alasan untuk kembali semula bersama dia.
Harry juga sempat meminta orang ramai supaya mendoakan kebahagiaannya bersama isteri tersayang.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Sumber: Harry Rafkaa
321893 692354How a lot of an appealing guide, maintain on producing better half 485167