Penyanyi rap muda, Yonnyboii mengulas berhubung penampilan isterinya Nik Nazira Narriman yang tidak lagi tampil dengan imej berhijab seperti sebelum ini.
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi berusia 24 tahun itu berkata isterinya masih dalam proses pembelajaran bagi mengenakan hijab.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Sakit itu berkata, dia tidak memaksa isterinya yang berusia 23 tahun itu ke arah sedemikian apatah lagi dirinya sendiri sering menukar imej serta warna rambutnya.
View this post on Instagram
“Saya dah bincang dengan dia mengenai kecaman. Dia cakap, mungkin untuk letakkan gambar di Instagram, belum masanya.
“Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung. Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak.
“Saya memang tak pernah paksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini. Jadi, saya okay,” ujarnya.
ANTARA KOMEN NETIZEN:
View this post on Instagram
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga di Duchess Place, Ampang pada 20 November tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Yonniboii