Semasa

Rakaman Banduan Menikmati Makanan Terakhir Dlm Keadaan Menggigil Sebelum Ke Tali Gntung

Tular Rakaman Terakhir Banduan menikmati makanan terakhir sebelum ke tali gantung tersebar di Tiktok. Video itu dikongsi oleh pengguna Tiktok bernama Fad Anuar dan hampir 3 juta telah menonton video tersebut.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Nagaenthran K Dharmalingam telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Changi pagi ini dan mayatnya dihantar pulang ke Ipoh.

Dalam satu ciapan daripada seorang wartawan Singapura, Kirsten Han berkongsi sekeping gambar terakhir mendiang yang diambil sebelum mendiang menjalani hukuman gantung.

 

Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 selepas didapati bersalah mengedar 42.72g heroin oleh Mahkamah Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Pada 7 November 2021, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

Sementara itu, pada 3 Disember, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: Kirsten Han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *