Kota Bharu – Seorang pelajar berusia 14 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa liwat guru agamanya dalam kejadian di sini.
Memetik laporan Astro Awani, pelajar tersebut nekad melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis selepas empat tahun menjadi mangsa perbuatan jijik itu.
LIHAT PENJELASAN DI BAWAH SEKALI
Mangsa tampil membuat laporan sendiri selepas memaklumkan kepada keluarganya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-kanak.
Terdahulu, pihak polis telah menggesa ibu bapa di Kelantan agar memantau pergerakan anak-anak memandangkan jenayah rogol terutamanya melibatkan remaja bawah umur di negeri ini agak membimbangkan.
Rata rata Netizen juga memberikan pendapat tentang kes ini:
“Kerana nila setitik..rosak susu sebelangga..yg kena liwat mesti berak pun tak boleh…cuba hukumanya jangan bagi dia berak setahun..bagaimana rasanya..tak berak 3 hari pun perut dah meragam…dua minggu sudah cucuk jangan bagi berak ..apa rasanya…eloklah diperkemaskan hukuman liwat ni…”
“Keburukan bila belajar tak bergaul kelainan jantina,dok ghairah sama jantan pulop?,cuma kelebihan hubungan sama jantina tak mengandung,tak mudharat,tak memalukan.kejahatan yg tersembunyi walaupun dosa lebih besar daripada hubungn normal.”
Menerusi laporan Bernama pada 5 September tahun lalu, Polis Kelantan berkata kebanyakan kes yang dikesan berlaku kerana suka sama suka.
“Tetapi apabila melibatkan situasi bawah umur ia dikategorikan sebagai kes rogol,” katanya.
Sumber: Astro Awani