Semasa

Ibu Sumbat Bayi Dlm Mesin Basuh Smpai Matii Slps Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Akhirnya Ditangkap

Seorang wanita berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki membunuh bayinya yang lahir.

Suspek, Sutina, berasal dari Palembang, Indonesia, terdahulu memaklumkan kepada teman lelaki yang dirinya hamil.

BACA SEHINGGA BAWAH UNTUK MELIHAT HUKUMAN YG DIKENAKAN KE ATAS SUSPEK

Namun, lelaki terbabit, Andi, enggan bertanggungjawab.

Oleh kerana malu mengandung anak luar nikah, sebaik saja bayi itu dilahirkan, Sutina membalut mangsa dengan selimut dan disembunyikan dalam mesin basuh beberapa jam selepas dilahirkan, pada 4 November lalu.

Sutina menjelaskan dia tiada niat mahu membunuh bayinya dan mengaku khilaf. Disebabkan itu dia hanya membalut mangsa dengan selimut untuk sementara sahaja.

“Pertama malu, takut orang tahu. Padahal saya memang sudah rancang mahu membawanya ke rumah anak yatim. Tiada niat nak membunuh,” katanya.

Bagaimanapun, perbuatan Sutina terbongkar selepas rakan sekerjanya terdengar tangisan mangsa dalam mesin tersebut.

Mangsa terus dibawa ke hospital. Malangnya anak kecil itu disahkan meninggal dunia.

Pihak berkuasa sedang melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Sementara itu, suspek ditahan dan didakwa membunuh bayi di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika disabitkan bersalah.

Sumber: Detik News

15 thoughts on “Ibu Sumbat Bayi Dlm Mesin Basuh Smpai Matii Slps Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Akhirnya Ditangkap”

  1. 12437 274248If running proves to be a difficulty then it could be wise to find alternative exercises such as circuit training, weight training, swimming or cycling. 231169

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *