Semasa

“Sekarang saya dah tak ada mami” -Luah anak wanita hamil 7 bulan maut ditembak

Berita tentang kes tembak melibatkan seorang wanita hamil 7 bulan yang menjadi mangsa telah menyentuh hati ramai pihak.

Mana tidaknya, Allahyarham Farrah Emirah Mazlan, 26 ditemui dalam keadaan terbaring di dalam kereta dengan kesan tembakan di bahagian perut kiri.

RAKAMAN PENGEBUMIAN DI BAWAH SEKALI

Dia yang juga seorang ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami pada Februari lalu menjaga 3 orang anak yang berusia 3 hingga 10 tahun.

“Saya tak tahu kenapa orang tu tembak mami”

“Saya hanya tahu mami meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian petang semalam, saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta.”

“Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian,” katanya.

“Sekarang saya dah tak ada mami” -Luah anak wanita hamil 7 bulan maut ditembak

Jenazah selamat dikebumikan

Menjengah ke Facebook ahli keluarga arwah, bapa saudaranya yang menggunakan nama akaun Are Long PM II telah memuat naik beberapa gambar sewaktu upacara pengebumian jenazah.

Dalam kapsyen yang disertakan, dia berdoa supaya allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi mengirimkan al-Fatihah serta prihatin dengan nasib menimpa anak buahnya.

Terdahulu, berita melaporkan yang seorang wanita hamil 7 bulan telah ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan di perut di Kampung Teresek, Repek, Pasir Mas.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki bekerja sebagai butuh berusia 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa), Facebook Are Long PM II, kredit foto Lin Adameisha

11 thoughts on ““Sekarang saya dah tak ada mami” -Luah anak wanita hamil 7 bulan maut ditembak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *