Semasa

“Dari Dulu, Kami Sangat Rapat Dgn Arwah Yazit” Amy Search Menangis Terkenangkan Yazit

Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Rock legenda tanah air, Amy Search menitiskan air mata saat membuat persembahan di Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung di Zepp KL, malam semalam.

BACA LUAHAN HATI AMY DI BAWAH SEKALI

Titisan air mata dan rasa sebak dalam dadanya itu adalah atas rasa kerinduan terhadap sahabatnya, yang juga pemain dram kumpulan itu, Allahyarham Yazit Ahmad.

“Dia pernah berpesan kepada saya, ‘Amy, lu ingat, suatu hari kalau gua dah tak ada, gua amanahkan lu tengokkan hasil kerja seni gua untuk anak bini gua yang gua tinggalkan’.

“Pada masa itu, saya rasa macam, kenapa nak kena cakap begitu?

“Ada satu ketika, sewaktu dia tengah sakit, saya pernah cakap dekat kawan-kawan, kalau apa-apa jadi kepada Yazit, kita kena jaga keluarga dia dan semua hasil kerja seni dia,” katanya.

Selepas perkongsian itu, Search meneruskan konsert dengan mempersembahkan lagu khas buat Yazit, berjudul Hello Kawan.

Yazit disahkan meninggal dunia pada 26 September 2019 di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan otak yang berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

1 thought on ““Dari Dulu, Kami Sangat Rapat Dgn Arwah Yazit” Amy Search Menangis Terkenangkan Yazit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *