Tindakan memarkir kenderaan sesuka hati di laluan yang tidak sepatutnya sememangnya membuatkan ramai pemandu kenderaan geram.
Ia bukan hanya menyusahkan orang lain tetapi turut boleh menyebabkan lalu lintas tergendala.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Ganggu laluan bas
Hal ini samalah seperti perkongsian video yang diperoleh daripada akaun Twitter ISU SEMASA VIRAL apabila memuat naik kembali rakaman TikTok milik @ayin8686 yang memperlihatkan sebuah bas melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang diparkir di tempat tidak sepatutnya.
Kalau macam ni memang payah nak claim insurans
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Twitter tersebut berasa puas hati dan langsung tidak simpati dengan nasib menimpa pemilik kereta Vellfire berkenaan.
Mana tidaknya, kesalahan yang dilakukan berpunca dari diri pemandu kereta itu sendiri kerana sengaja meletakkan kenderaan di kawasan yang terang-terang bukan tempatnya.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Puas hati tengok video ni. Ni makan nya kalau suka parking ikut suka hati dekat midvalley sampai menyusahkan orang lain. Bodoh tak bertempat, harap je pakai kereta besar tapi otak langsung tak function. pic.twitter.com/UFXuENjiG6
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 5, 2022
Sumber: Twitter @isusemasaviral, TikTok @ayin8686