Semasa

Suami Isteri Maut Dipercayai Dirempuh Pemandu Myvi Mabuk Yg Lalu Arah Bertentangan

Jasin: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh Perodua Myvi yang dipercayai dipandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai, di sini, hari ini.

Kejadian pada 7.45 pagi itu mengakibatkan mangsa Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan.

“Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka,” katanya.

Menurut beliau, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan manakala mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

4 thoughts on “Suami Isteri Maut Dipercayai Dirempuh Pemandu Myvi Mabuk Yg Lalu Arah Bertentangan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *