Semasa

Wajah pernah dikatakan mirip Shuk Sahar, founder Ceknon Viral meninggal dunia

Beberapa tahun lepas, pernah tular video-video kontroversi seorang founder kosmetik yang menggelarkan diri sebagai Ceknon di media sosial terutamanya di Facebook.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Dia yang gemar membuat live di media sosial turut dikatakan mirip pelawak terkenal Shuk Sahar sehingga menjadi bahan gurauan netizen.

Wajah pernah dikatakan mirip Shuk Sahar, founder Ceknon Viral meninggal dunia

Mohon maaf andai isteri ada kesalahan semasa hidup

Dalam pada itu, dia bagi pihak arwah isteri memohon orang ramai yang mengenali allahyarham supaya dapat memaafkan segala kesalahannya.

Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.

Wajah pernah dikatakan mirip Shuk Sahar, founder Ceknon Viral meninggal dunia

Perkongsian tersebut sememangnya mengejutkan banyak pihak terutama warganet yang mengikuti founder produk berkenaan di media sosial.

Dia yang kerap melakukan live di Facebook dan TikTok mempunyai pengikut yang tersendiri walaupun kadang kala video allahyarham berpakaian kurang disenangi ramai.

Ramai yang zahirkan dukacita

Walau bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar allahyarham Ceknon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan sabar mengharungi berita duka ini.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Salam takziah.

Sumber: TikTok @sabarituindah24434, Facebook Lin Qurnia,  KJ NilamNorshahadah Aisyah

281 thoughts on “Wajah pernah dikatakan mirip Shuk Sahar, founder Ceknon Viral meninggal dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *