Semasa

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

DESAS-DESUS mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.

Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.

Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

Kata Puteri Sarah sebab utamanya adalah kerana kasihankan bapa kepada wanita berkenaan yang juga seorang pelakon. “Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak s4man sebab kasihankan bapa kamu (orang ketiga). jugak, saya tak nak besarkan hal ini.

“Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak balk maki hamun dah macam AmberHeard pula saya tengok dia ini,” katanya.

Pihak Ketiga Cabar Percepatkan Proses Saman, Puteri Sarah 'Cool' Melayan

Puteri Sarah mendedahkan perkara berkenaan di InstaStory selepas menerima satu paparan skrin DM (mesej peribadi) dari wanita yang didakwa menjadi keretakan rumah tangganya.

Dalam mesej wanita berkenaan bersama seorang netizen itu mempersoalkan mengapa Sarah masih tidak meneruskan tindakan undang-undang seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

“Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey.

“Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga.

Kemaruk sangat nak perhatian,” persoalnya.

Terdahulu Sarah pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul dan terbaharu dia membuat pendedahan orang ketiga.

Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

2 thoughts on “Syamsul dan Ira Kazar dikatakan bakal kahwin dalam waktu terdekat, ini kata-kata Datuk Yusuf Haslam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *