Semasa

Ibu teruja masak juadah hari jadi, tak sangka anak terlibat kemalangan maut

Siapa sahaja tidak sedih apabila kehilangan orang tersayang lebih-lebih dalam keadaan diluar jangkaan.

Apa yang lebih menyedihkan apabila seorang ibu terpaksa menerima kenyataan bahawa anak yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari pergi terlebih dahulu darinya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ibu tak dapat terima kenyataan pemergian anak

Menerusi video tular di laman TikTok yang dimuat naik oleh @pemburujenazah, memaparkan seorang wanita dikeremuni ramai bagi menenangkan dirinya seakan-akan tidak boleh menerima kenyataan akan berita pemergiaan anaknya baru-baru ini.

Difahamkan, arwah anak wanita berkenaan meninggal dalam sebuah kemalangan di Jalan Pudu berhampiran dengan Petronas Ikea.

Sedihnya apabila seorang ibu terpaksa menerima pemergian anaknya…

Perkongsian video berdurasi tiga belas saat itu telah menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet, di mana ramai meluahkan simpati akan nasib yang menimpa nasib wanita itu apabila mengetahui anak yang disayangi pergi ke dunia abadi.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: TikTok @pemburujenazah

10 thoughts on “Ibu teruja masak juadah hari jadi, tak sangka anak terlibat kemalangan maut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *