Baru-baru ini tular sebuah video dari negara seberang memaparkan pengamal perubatan sedang berjoget sakan ketika seorang ibu hamil sedang bertarung nyawa.
Menari sambil tunggu air ketuban pesakit pecah
Menerusi video tular yang dimuat naik semula di laman Instagram @fakta.indo, dilihat tiga orang pengamal perubatan sedang menari di hadapan pesakit yang sedang menunggu air ketubannya pecah.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menari untuk hiburkan pesakit ke?
Memetik portal detik.com, pemilik premis yang dikenali Wayan Agustini memberitahu tujuan mereka menari semasa pesakit sedang menunggu air ketubannya pecah adalah sebagai hiburan.
Difahamkan, wanita hamil berkenaan tidak boleh dipegang pada ketika itu.
Jelasnya lagi, video tersebut sebenarnya bertujuan pendidikan kepada orang ramai.
Pesakit dan suami dah izinkan
Tambah Agustini lagi, mereka sudah meminta izin dengan suami dan keluarga pesakit sebelum merakam video itu.
“Saya sudah meminta izin dengan suami dan keluarganya.
Pesakit pun terkejut video tersebut boleh tular, padahal dia sendiri rasa terhibur.”ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, Agustini mengatakan pesakit sudah dua kali melahirkan anak di situ.
Orang nak beranak, dia boleh joget!
Perkongsian itu mengundang kecaman ramai sebaik sahaja melihat aksi yang dilakukan oleh pengamal perubatan tersebut di hadapan pesakitnya.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram @fakta.indo, detiknews
work music