Semasa

Bukan Sahaja Rakan Artis, Rupanya Bapa Pun Tak Tahu Adibah Noor Ada Barah Ovari

Tengahari tadi, jenazah Allahyarham Adibah Noor telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang semalam dan ketika itu barulah ramai yang mengetahui bahawa beliau sebenarnya menghidap kanser ovari tahap 4.

Menerusi laporan dari Mstar, bapa arwah, Mohammed Omar Zainal Abidin, 89 memaklumkan yang dirinya sama sekali tidak mengetahui anaknya menghidap kanser.

Jenguk di hospital, tapi tak beritahu sakit apa

“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar  lagi.

Omar yang masih berduka dan terlihat tidak bermaya sempat menyatakan yang penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu merupakan seorang anak yang taat serta pemurah.

“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya.

Bukan Sahaja Rakan Artis, Rupanya Bapa Pun Tak Tahu Adibah Noor Ada Barah Ovari

Terdahulu, pemergian allahyarham yang pernah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza tahun lalu telah ditangisi rakan selebriti yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang sangat pemurah kerana tidak pernah berkira jika keluar makan bersama.

Selain itu, allahyarham turut dipuji kerana membela kucing-kucing jalanan yang dibawa pulang ke kediamannya sehingga mencecah puluhan ekor.

Sumber: Mstar (Nur Asyikin Mayudin)

16 thoughts on “Bukan Sahaja Rakan Artis, Rupanya Bapa Pun Tak Tahu Adibah Noor Ada Barah Ovari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *