Semasa

Menyedihkan, Suami Isteri Maut Dirempuh MPV Tinggalkan 3 Org Anak Yg masih Kecil

Dungun: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka merempuh kereta di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat sini, petang tadi.

GAMBAR KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kemalangan 4.18 petang itu, Mohd Abdika Razali, 36, yang menunggang motosikal Aprillia RSV4 bersama isterinya, Rabiatuladawiah Saufi, 36, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang dipanggil ke tempat kejadian.

“Mayat pasangan suami isteri itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan di Balai Polis Dungun,” katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

256 thoughts on “Menyedihkan, Suami Isteri Maut Dirempuh MPV Tinggalkan 3 Org Anak Yg masih Kecil”

  1. 977580 790668Aw, it was a extremely excellent post. In idea I would like to devote writing such as this furthermore,?C spending time and specific function to produce a terrific article?- nonetheless so what can I say?- I waste time alot and never at all appear to obtain one thing completed. 283300

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *