OH VIRAL

Video: Tak Sangka yg Dulu Setia Jaga Suami Terlantar, Sekarang Dah Sihat Siap Menyanyi Tikt0k

Tahun lepas, kisah pasangan ini pernah tular apabila suami terlantar 91 hari koma dan setia dijaga isterinya.

Malah Siti Rohayu juga kerap berkongsikan perkembangan suaminya di laman Facebook miliknya.

Terbaru, keadaan kesihatan Muhammad Ridhwan Muhd Zaki dilihat semakin baik dan pulih apabila muncul di dalam video Tiktok isterinya.

Di dalam klip video yang berdurasi lebih dua minit itu, Ridhwan dilihat sedang berehat santai sebelum ditanya sama ada dia sayang pada isterinya.

Malah, Ridhwan juga sempat menyanyikan lagu kegemarannya khas buat isterinya itu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Rata-rata netizen meninggalkan komen berkongsi kegembiraan pasangan itu yang dilihat bersama-sama dari susah sehingga kini.

Pernah difitnahh berkhalwat

Terdahulu Rohayu pernah berkongsi kisah dirinya yang pernah difitnahh berkhalwat bersama individu lain.

Menerusi perkongsian di Facebook, dia didakwa telah difitnah orang seseorang sehingga ditangkap khalwat dirumahnya.

Walaupun ketika itu dia bersama suaminya yang OKU di dalam bilik, manakala adik angkat serta kakaknya berada di ruang tamu.

Apa yang lebih aneh adalah apabila keluarga mertua yang sebelum ini mengabaikan anak mereka yang terlantar sakit.

Tiba-tiba turut sama ada di malam tersebut apabila dia dibawa ke pejabat agama kerana dituduh berkhalwat.

Datang tanya duit Insurans

Selain itu, menurutnya lagi keluarga mertuanya dikatakan merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka berdua.

Kemuncaknya apabila mereka turut serta berada di tempat kejadian semasa dia ditangkap dan ingin membawa suaminya balik ke pangkuan keluarga.

Kisah pasangan ini pernah tular

Sebelum ini, kisah mereka pernah tular sehingga menarik minat pengarah drama mengadaptasikan perjalanan hidup mereka.

Kini akhirnya dia akur dengan desakan sekeliling sehingga terpaksa mengambil keputusan yang sangat sukar ini.

Bulan mulia harap ada sinar baru

Kisah ini turut mendapat perhatian netizen yang mula memberikan pelbagai reaksi mengenai kes tersebut.

Netizen juga berharap agar wanita tersebut serta anak-anak dapat bertahan dan pastinya ada kebenaran di sebalik hal yang berlaku.

Sementara itu, dalam muat naik video, dia meminta agar orang ramai tidak menghentam pejabat agama.

Ini kerana mereka hanya menjalankan tugas berikutan mendapat laporan daripada seseorang.

Malah, dia juga meminta agar memberikan pihak tersebut ruang untuk menjalankan siasatan diatas apa yang berlaku.

Tonton Video

Sumber: YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *